Friday, October 30, 2009

La Tah'zan ( Jangan Bersedih)

30 10 2009 mesyuarat walimatul urus jam 8.00 pagi... antara mesej abang... walimatulurus untuk adik pompuan bongsu.... InsyaAllah 05 Disember 2009....
Wei susoh..benor adikku ni nok dapat kawin..... tapi ketahuilahlah.. all we want is the best for u... we did what we thing we shud do... free consultation, doa, tahajjud, hajat.. semua dibuat supaya apa yang mendatang adalah yang terbaik .... dunia akhirat.. apatah lagi mak n ayahanda... yelah ada yang kata perkahwinan itu macam orang gamble u might win or lose ... tapi its not totaly wright nor wrong....
Dalam buku motivasi `Jangan Bersedih' ni ada sebut (page 108)
JANGAN BERDUKACITA, SETIAP YANG BERLAKU ADALAH QADHA DAN QADAR.
Antaranya dia kata tiap sesuatu pasti akan berlaku sesuai dengan ketentuan qada' dan qadar.
`Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditetapkan) Surah Al Qamar ayat 49.
TAPI...
Hakikat ini adalah yang terakhir... kerana Allah juga menyuruh kita sentiasa berdoa kepadanya.. kemudian barulah bertawakkal...
kerana JANGAN BERDUKACITA, JALAN KELUAR PASTI ADA....
Orang Arab berkata, Jika seutas tali sudah sangat tegang, nescaya ia akan putus.. maksudnya, jika masalahnya sudah kritikal maka tunggulah jalan keluar... Allah berfirman, `sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya).. surah At Talaq ayat 2.
`Sesiapa yang bertakwa kepadaAllah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan. (Surah Al Talaq ayat 4....
Seorang pujangga bermadah:
Jika masalah sudah terlalu sukar, tunggulah jalan keluarnya sebab ia akan segera menemukan jalan keluarnya.
Pujangga lain :
Banyak mata yang tetap berjaga dan banyak pula yang tidur dalam masalah yang mungkin berlaku atau tidak akan berlaku. Tinggalkanlah kesedihan sedapat mungkin sebab jika engkau terus bersedih hati engkau akan menjadi gila. Sesungguhnya Allah sudah mencukupimu sebelumnya, Dia mencukupimu esok dan hari-hari mendatang.
Pujangga lain pula berkata :
Biarkan takdir berjalan dengan tali kekangnya dan jangan engkau tidur kecuali dengan hati yang bersih.. tidak ada di antara kedipan mata dan jaganya kecuali Allah mengubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain....
...Wallahua'lam'

No comments:

Post a Comment