Wednesday, November 4, 2009

fenomena alam

Rumah .. tumpah darahku...


Bakal berlangsung 5 Disember 2009..

Rumah ini bakal menyaksikan event yang besar tahun ini. Insyaalah.. semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati Illahi...

Keputusan mesyuarat :

Khemah - 6 biji ( 1 pengantin, 4 tetamu, 1 tetamu menunggu) - siap - abang aji

Barang Masak
- barang mentah - siap - pasar antar - Ayahanda
- kelapa - andak - siap
- nak gak acar umbut - siap 5 batang - Ayahanda
- Kerbau - siap - sembelih pagi jumaat (4.12.2009)
- ikan kering campur - siap - abang aji
- Air batu + geng basuh pinggan - Adik
- peralatan - bekas, pinggan, gelas dan sebagainya - siap- abang aji
- Buat nyiur gula n kuih - mak n the gang - khamis



Urusetia :
Penaung/penasihat - Ayanda n Bonda
Penyelaras - Abang Din, Abang
Kak Long n Abang Aji - penyambut tetamu
Rozi - urus pengantin
Kak Ja - Lauk pengantin
Kak Ngah - aha... belikan tuala kesat n tuala nak bagi tukang masak aje.. susah ooo kerja ni...
- Karipap n kek untuk orang buat kerja hari Khamis... tapi kita balik hari jumaat
waaaaa.. camna ni...


Gotong-royong pre walimatul urus...
apasal ramai cekak pinggang n duduk dari wat kerja... mana pekerjanya


Si kembar huda n husna .. tengok dibelakang sana pakai baju hijau.. tu la yang buat kerja ++ yang seksi macho kat belakang tu gambor bawah...

aktiviti mencabut kemuncup ... cepat timbang sapa banyak dialah paling rajin buat kerja..wakkkakka


Ana, andak tolong buang kemuncup ... kes takut ibu marah....


Sempat lagi main masak-masak....


Oooooo...kat sini all the guys... main ps....

Jihah... yang baru 1 minggu .. dapat kaki... boleh jalan.. kalah orang `merewang' kalau nengok dia jalan... makin besor makin bebijik ibu dia...
Ini plak siapa ya.. aku dah tak perasan...
Humaira... budak yang kena tinggal nak ummi dia.. mana ye...
Sekian peristiwa...mesyuarat walimatul urus.... abang tak de g pasar beli barang dapor ngan mak..
The other story...
Pelangi yang paling cantik n dekat n jelas yang pernah aku tengok... siap bukak tingkat nak mbik gambar kat traffic light...... 4.11.2009 tapi sayang lepas tu bateri kamera pulak nak habis...


circle around the moon .... kat kg masa balik ari tu.. malam 31.10.2009.. try tengok dekat-dekat..sbb tak perasan sgt..



Taman mak bonda...




Hasil `green finger' emak kat kampong...


mak punye `green house' yang menjadi sasaranku bila balik kampong.... tak bagi kang merajuk...


Habis keliling rumah dengan pokok bunga ... pokok buah.... n sayuran... tapi kat belakang tak snapla... nanti kot..



Bunga-bunga orkid yang adanye telah menjadi habuanku...







Ni antara kesayangan mak...jangan buat pasal.... ni semua hasil masa kak long single rajin melayan mak... puluhan ringgit tak hal...

And now...`my sekangkang semut green corner.'.... ulang tayang dah beberapa kali...yang tinggal pasu n daun tak masuk okey... bak kata razif... suka, suka la.. tapi bila pokok mati, apa dapat pasu aje.. tak membazir tu.. apa nak dah kita suka... kan.. hidup mati tu ditangan Allah...





Habis n3 kali ini... kali ni tak de tazkirah ye.....

Sunday, November 1, 2009

KEMBALILAH KE PANGKUAN ALLAH , KEPADANYA AKU BERTAWAKKAL

lafaz Allah yang mulia dan agung , paling mudah dikenali dan maknanya bagus..dikatakan Allah berasal dari akar kata alaha, yang berkmaksud zat yang dituhankan oleh hati,dicintainya yang kerananya hati menjadi bahagia, yang diterima hati dengan segala kerelaan dan yang menjadi tempat hati bergantung. Selain itu, hati tidak mungkin tenang dan bahagia. baginda Rasulullah Mengajar Fatimah, doa ketika kesusahan, ` Allahu, Allahhu rabbi la usyriku bihi syai;an. (Allah, Allah Tuhanku aku tidak menyekutukan Engkau dengan sesuatu), -Hadis.

Terdapat banyak perkara yang membahagiakan manusia antaranya perasan bergantung kepada Allah, bertawakkal kepadaNya dan perasan cukup dengan perlindungan, penjagaan dan pengawasanNya.. `Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding denganNya... Surah Maryam ayat 65.... `Sesungguhnya pelindungku ialah ALlah yang telah menurunkan Al kitab(Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang soleh' Surah Al A'raf ayat 196.
Dan banyak lagi... ayat-ayat dari Al Quran dan hadis-hadis Nabi... jadi mengapa kita harus bersedih hati dengan hal hal remeh.... adalah suami lebih kita cintai dari Allah, adakah anak-anak lebih kita sayangi dari ALlah dan Rasul... adakah harta benda lebih kita kasihi dari Allah... jadi tidak , mengapa hal-hal dunia banyak menyebabkan kita sedih teramat... jika ia, kembalilah kepada Allah dan ajarannya..... cari ilmu sebanyak mungkin... InsyaAllah ilmu yang bermanafaat menghindar kita dari kesesatan, kesedihan, kemeranaan dan sebagainya di dunia, lebih lebih akhirat..bangkitlah dari kesedihan dan arah hidup yang baru.. mungkin kita tidak akan dapat jadi seperti tokey sendayu tinggi, tokey kayla.... dan banyak lagi semuanya bangkit selepas kesussahan dan kesedihan... kita tak yah jadi kaya raya seperti itu tak apa yang penting kalu dapat merasai kembali kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan di dunia dan akhirat walaupun tidak seperti dulu itukan lebih baik dari terus menerus menahan seksa zahir dan batin tanpa kesudahan yang nyata (Rasul, nabi dan sahabat tak payah disebut kerana cabaran dan dugaan mereka lagi tinggi)...
Wallahua'alam..

Friday, October 30, 2009

La Tah'zan ( Jangan Bersedih)

30 10 2009 mesyuarat walimatul urus jam 8.00 pagi... antara mesej abang... walimatulurus untuk adik pompuan bongsu.... InsyaAllah 05 Disember 2009....
Wei susoh..benor adikku ni nok dapat kawin..... tapi ketahuilahlah.. all we want is the best for u... we did what we thing we shud do... free consultation, doa, tahajjud, hajat.. semua dibuat supaya apa yang mendatang adalah yang terbaik .... dunia akhirat.. apatah lagi mak n ayahanda... yelah ada yang kata perkahwinan itu macam orang gamble u might win or lose ... tapi its not totaly wright nor wrong....
Dalam buku motivasi `Jangan Bersedih' ni ada sebut (page 108)
JANGAN BERDUKACITA, SETIAP YANG BERLAKU ADALAH QADHA DAN QADAR.
Antaranya dia kata tiap sesuatu pasti akan berlaku sesuai dengan ketentuan qada' dan qadar.
`Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditetapkan) Surah Al Qamar ayat 49.
TAPI...
Hakikat ini adalah yang terakhir... kerana Allah juga menyuruh kita sentiasa berdoa kepadanya.. kemudian barulah bertawakkal...
kerana JANGAN BERDUKACITA, JALAN KELUAR PASTI ADA....
Orang Arab berkata, Jika seutas tali sudah sangat tegang, nescaya ia akan putus.. maksudnya, jika masalahnya sudah kritikal maka tunggulah jalan keluar... Allah berfirman, `sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya).. surah At Talaq ayat 2.
`Sesiapa yang bertakwa kepadaAllah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan. (Surah Al Talaq ayat 4....
Seorang pujangga bermadah:
Jika masalah sudah terlalu sukar, tunggulah jalan keluarnya sebab ia akan segera menemukan jalan keluarnya.
Pujangga lain :
Banyak mata yang tetap berjaga dan banyak pula yang tidur dalam masalah yang mungkin berlaku atau tidak akan berlaku. Tinggalkanlah kesedihan sedapat mungkin sebab jika engkau terus bersedih hati engkau akan menjadi gila. Sesungguhnya Allah sudah mencukupimu sebelumnya, Dia mencukupimu esok dan hari-hari mendatang.
Pujangga lain pula berkata :
Biarkan takdir berjalan dengan tali kekangnya dan jangan engkau tidur kecuali dengan hati yang bersih.. tidak ada di antara kedipan mata dan jaganya kecuali Allah mengubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain....
...Wallahua'lam'

Wednesday, October 28, 2009

chacha marba

Lama dah kita nak n3 , citer ni tapi tak dan... so citernye cam ni..
pada 29092009 hari tu kita ada g kursus kesempurnaan sholat...banyak la wei... silap milap kita ni.. sholat ni bukan saje kita kena jaga masa nak sholat aje.. rukunnya, wudhunya tapi juga how kita kendalikan hidup kita seharian... soal jaga hatinya, jaga rezekinya, jaga akhlak dan segalanya baru then bila rukun kita dan wudhu dan sempurna InsyaAllah .... amalan kita diterima... kadangkala kita ni selalu take for granted ... pakat buat sekadarnya then harap Allah terima ...
Lepas tu ustazah tu buat sembahyang hajat untuk budak PMR .. adalah sorang tu tanya boleh tak doa untuk lain... suami ke apa ke.. so dia ada ajar ... ada banyak cara nak sembahyang hajat ni (rujuklah buku) ni yang pertengahan lah..
.. 1. sebelum sembahyang - selawat 11 x (niatlah apa yang kita hajatkan)
2. Rakaat 1 - baca ayat - al kafirun ( kul'ya ai'yu hal kafirun -) 11 x
3. Rakaat 2 - Surah Al lkhlas (kulluwallah) - 11 x
4. Sujud akhir - bacalah doa nabi nuh -- subhanakain'nikuntuminazzho'limin - 40 x
5. selepas salam.. baca lah ayat 14 surak Al mulk .. Alla yak' lamuman Khalak wa huallatifull' khabir... - 129 x kurang jangan lebih tak apa..dalam masa tu bayangkan wajah orang yang tersebut...
Lepas tu doalah apa-apa yang dikehendaki.. doa ni biarlah berbunyi .. sebab ustazah kata.. malaikat akan turut mengaminkan doa kita kalau kuat tu. dia dengar kot...Wallahhu'aklam...
***** tengok Al Quran ... betul..betul sebab kadangkala kita tulis camni sebutan dia salah...
penting*****
kadangkala kita pompuan ni.. yelah kalau sebut cam ngata dia sendiri.. tapi kadangkala kita ter over sensitif... suka ngat banding ngan orang tu, orang ni... semalam, kelmaran, hari tu ngan hari ni... betulla kita nak kena puji, orang ingat bday,tahniah bila dapt itu/ini, tapi... kita tak leh sangat ikut perasan pada perkara-perkara kecil.. sebab api ni dah lah bara g simbah minyak .. ''menyenggar'' .... sorrylah tapi kita le ni rasa kalu benda tu rasa tak kecik tak yah endah ngat... kalu tak kita sendiri yang sakit...cuba cari buku motivasi jangan bersedih...baca.. pasti mengubat jiwa... betul kadang kita rasa .. asyik asyik kita je yang kena mengalah... tak pelah kalu itu dapat memberi ketenangan ... cuba banyak kata pada diri sendiri tak pelah... tak pelah... InsyaAllah thing will be much better 2morrow.. or.. tak pelah... mungkin aku salah... tak pelah.. mungkih musibah ni ALlah bagi sebab nak hapus dosa aku yang banyak.. tak pelah dia nak mgatal, nasihat dah moga Allah beri petunjuk...
cubalah ... banyakkan kata tak pelah... kecuali pada perkara yang jelas melanggar syariat.. perkara yang jelas memudharatkan.. jelas bahaya dan seumpamanya.. renung-renunglah .. mungkin tak praktikal tapi why not ....
Rasulullah pernah bersabda `Tidaklah seorang mukmin ditimpa suatu kesedihan, kebimbangan dan kerisauan kecuali Allah pasti akan menghapus sebahagian dosanya.'
Hadis lain `Jika ALlah mencintai seorang hamba maka Dia akan memancangkan satu gemuruh ratapan di dalam hatinya. Dan apabila dia membenci seorang hamba maka dia akan menanam nyanyian di dalam dadanya.' (hadis ini bersumber dan berasal dari Irailiyat ..ada kata berasal taurat tapi mempunyai pesan makna yang betul... (ayat dalam buku ni la)
Bertolak dari itu sepatutnya anda berusaha supaya sentiasa gmbira dan berlapang dada. Jangan lupa memohon kepada Allah supaya selalui diberi hidup yang bail dan diredhai, kejernihan hati dan kelapangan fikiran... setengah ulama mengatakan didunia ada syurga .. siapa yang tidak pernah memasuki syurga dunia tidak akan masuk syurga akhirat.. Allah satu-satu Zat yang kepadaNya kita patut memohon supa melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjuk kepada jalan yang lurus dan menyelamatkan kita dari hidup yang susah dan menyeksakan.
...... Ameen......

Tuesday, October 6, 2009

BUNGA.... MEMBAZIR OR NOT

Sebelum raya(20092009) hari tu ... kita ngan anak g nursery bunga... tersangkutlah dengan beberapa pokok bunga ni la dia... bunga ros, orkid n pocket money...



A few days after raya...dengan bersemangatnya teringin nak mandikan orkid tu dan sun bath kan dia ... biasa main sembur air je n letak kat shading porch, then keluar jap ngan all the girls(Ila, Atin n Nadhirah) + adik g ECM abt 2 hrs...balik-balik tengok orkid ku jd begini... semua plak tu... hu..hu..



Tapi terubat gak bila tengok.. beberapa bunga yang dibeli dulu(jun 2009) dah ada spike baru nak berbunga lagi tu.. sib baik tak ada apa-apa walaupun dah kena `sun bath' tu.. tak sabar sebab dah lupa kaler dia...



Then ku rembat ni plak kononnya nak ganti yang terbakar tu.... jd RM ku ter`over bajet' la dah ++ hadiah mak ari tu... (achik jangan lupa janji kita ... tambah skit ye.... n mana-mana nak menghulur bantuan dialu-alukan).. mintalah orang sbelah RM 50... dia tak perasan lg... masa tu orkid tu dah ada... balik kerja..baru oerasan gaknya ..kita bagi duit beli bunga ke.... kita diammmmmmm aje...



Ni abang ngan adik kat ECM, girls g tuisyen umah cikgu linda.... masa tu ada pameran bonsai..adik tu dah boring ajak balik..... htr balik then g mbik girls then g (Cikgu linda buat umah terbuka..then g umah kawan kakak atin)